Sabtu, 27 Disember 2008

KURSUS PENERANGAN, PENGULASAN & DEMONSTRASI PERINGKAT IPT LEMBAH KLANG



Pada 9hb dan 10hb Ogos 2008 yang lalu, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) melalui Jabatan Penerangan telah mengadakan satu program iaitu Kursus Penerangan, Pengulasan & Demonstrasi di peringkat IPT di zon Lembah Klang bersempena Program Latihan Bersepadu Cekak (PLBC) kali ke-5. Ini merupakan zon yang terakhir bagi kursus ini setelah zon-zon di bahagian utara, selatan dan timur dilaksanakan. Pihak pengurusan PSSCM-PSAS telah menghantar 6 orang termasuk 2 orang tenaga pengajar untuk menghadiri kursus berkenaan yang bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor. Kursus ini dijalankan selama 2 hari. Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta untuk melaksanakan bentuk penerangan yang sesuai dan efektif kepada masyarakat khususnya warga di IPT. Buku panduan untuk pertunjukan & demonstrasi serta ‘softcopy’ dalam bentuk cd dan cd video turut diberi kepada setiap IPT yang hadir. Di akhir kursus setiap IPT dihadiahkan cenderamata berupa ‘plug’ dan bendera. Semoga Silat CEKAK kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !

Tiada ulasan: