03 November 2008, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah (PSSCM-PSAS) menyambut perayaan ulang tahun nya dalam satu Majlis Sambutan Perayaan 2 Tahun PSSCM-PSAS Dan Makan Malam Perdana di Dewan Serbaguna PSAS yang dihadiri 200 orang tetamu.Kehadiran Puan Pengarah, Pn Hjh Rusmina selaku perasmi sambutan berkenaan dan barisan ketua-ketua jabatan serta jawatankuasa Unit Sukan dan Kokurikulum memeriahkan majlis ini. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Jawatankuasa Pusat PSSCM iaitu Naib Presiden 1, Tn Hj Maideen Bin Kadir Shah serta Jawatankuasa Cawangan Negeri Selangor yang diwakili oleh Major (B) Mohd Anuar Bin Ahmad selaku Yang Di Pertua Cawangan Negeri Selangor dan juga penyelia kelas latihan PSAS, Exco-exco Jawatankuasa Perhubungan IPT Cawangan Selangor dan barisan-barisannya.Pada sambutan itu, tayangan video program PSSCM dan demonstrasi oleh skuad demonstrasi PSSCM-PSAS telah mengambil tempat di hati tetamu. Disamping itu, Jawatankuasa PSSCM-PSAS menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada tetamu kehormat dan hadiah Penganugerahan Cemerlang Akademik kepada ahli-ahli.“Silat Cekak adalah persatuan berdaftar di Politeknik yang aktif dan keahliannya telah mencecah seramai 200 orang, tahniah dan syabas dalam usaha ini dan perlu diteruskan” saranan Puan Pengarah dalam ucapan perasmiannya. Oleh itu, Jawatankuasa PSSCM-PSAS yang dibantu oleh Penasihat 1 & 2, akan terus menjadi badan persatuan yang kekal aktif dalam lapangan persatuan dan mempergiatkan lagi program-program khusus untuk ahli-ahlinya.Pihak Jawatankuasa Tertinggi PSSCM-PSAS mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tetamu-tetamu yang hadir. Tidak ketinggalan Penasihat 1 & 2 PSSCM-PSAS, En Mohd Nazri Bin Mahbob dan Pn Hidanah yang banyak membantu menjayakan majlis ini dan membantu persatuan dari awal penubuhannya. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan