Sabtu, 27 Disember 2008

MAJLIS KONVOKESYEN DAN PENYAMPAIAN SIJIL RENDAH SILAT CEKAK MALAYSIA DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK (UIA)


21 & 22 Jun 2008, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) menyambut perayaan ulang tahun nya dalam satu Majlis Sambutan Perayaan 43 Tahun PSSCM dan Majlis Konvokesyen Dan Penyampaian Sijil Rendah Silat Cekak Malaysia di UIAM Gombak, Kuala Lumpur.Perasmian majlis dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohd Zahid Bin Hamidi. Turut hadir pada majlis itu oleh Presiden merangkap Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Ahli Jawatankuasa Pusat, Lembaga Pelajaran dan Tatatertib, Jawatankuasa Cawangan, tenaga-tenaga pengajar dan seluruh ahli silat cekak seluruh Malaysia yang dibanjiri seramai 2,400 orang.Dalam pada itu, 5 orang daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah (PSSCM-PSAS) telah diberikan sijil rendah oleh persatuan kerana mengambil bahagian dan lulus Ujian Sijil Rendah Silat Cekak. Mereka diraikan pada majlis tersebut dan diberikan sendiri sijil oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Dr Mohd Zahid Bin Hamidi.Pihak Jawatankuasa Tertinggi PSSCM-PSAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat yang dianugerahkan Sijil Rendah Silat Cekak amnya dan wakil PSSCM-PSAS khasnya. Diharap penuntut-penuntut PSSCM-PSAS dapat merealisasikan perjuangan Silat Cekak Malaysia. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !

Tiada ulasan: