Selasa, 30 Disember 2008

PENGANUGERAHAN PENCAPAIAN TERBAIK KO-KURIKULUM 2008 (BERKUMPULAN) KEPADA PSSCM-PSAS






30 November 2008, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) mengadakan satu Majlis Makan Malam Penghargaan kepada pelajar-pelajar politeknik serta membawa dan mengharumkan nama Politeknik Sultan Azlan Shah sama ada menerusi kelab mahupun persatuan. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Sukan Dan Kokurikulum.Kehadiran Puan Pengarah, Pn Hjh Rusmina selaku perasmi sambutan berkenaan dan barisan ketua-ketua jabatan serta jawatankuasa Unit Sukan dan Kokurikulum memeriahkan majlis ini. Pada malam tersebut, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia diberikan penghormatan untuk membuat persembahan demonstrasi oleh Skuad Demonstrasi Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah.Disamping itu, PSSCM-PSAS dianugerahkan Anugerah Pencapaian Terbaik Kokurikulum 2008 (Berkumpulan) daripada Jawatankuasa PSAS diatas pencapaian PSSCM-PSAS menjuarai Karnival Wajadiri Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia Peringkat IPT Kebangsaan di Unikl-BMI, Gombak pada 22 Nov 2008.Pihak Jawatankuasa Tertinggi PSSCM-PSAS, Penasihat PSSCM-PSAS 1 & 2 En Mohd Nazri Bin Mahbob dan Pn Hidanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengarah serta barisan jawatan kuasanya dan semua yang menyokong sepanjang dua (2) tahun pertubuhan PSSCM-PSAS. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !

Tiada ulasan: