Selasa, 30 Disember 2008

PSSCM-PSAS MELAKAR SEJARAH DI BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE (Unikl-BMI)










22 November 2008, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Politeknik Sultan Azlan Shah (PSSCM-PSAS) mengambil bahagian dalam Pertandingan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Peringkat Kebangsaan 2008 di Dewan Gemilang, British Malaysian Institute (BMI) Gombak, Kuala Lumpur. PSSCM-PSAS menggegarkan Dewan Gemilang dengan menjulang Piala Kejuaraan Keseluruhan Putera sekaligus mengibarkan bendera Politeknik Sultan Azlan Shah di hadapan 26 pasukan dari seluruh Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.Kejohanan ini turut disaksikan oleh Naib Presiden 1 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Tn Hj Maideen Bin Kadir Shah yang juga menutup perasmian kejohanan seterusnya memberikan Piala Kejohanan Persembahan Seni Silat Cekak Malaysia IPT Peringkat Kebangsaan 2008 kepada barisan peserta-peserta Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Perak yang diwakili dua (2) kumpulan yang mengharumkan dan mengangkat nama Politeknik Sultan Azlan Shah. Semoga Silat Cekak kekal sepanjang zaman. Hidup CEKAK !
Keputusan Pertandingan
Johan Keseluruhan (L) : Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS 1)
Johan Keseluruhan (P) : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Pasukan Harapan (L) : Universiti Teknologi MARA (UiTM Jln Othman)
Pasukan Harapan (P) : Universiti Tenaga Nasional (UNITEN, PAHANG)
PUTERA
Kategori 1
Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS 1)
N/Johan : Politeknik Ungku Omar (PUO)
Ketiga : Universiti Tenaga Nasional (UNITEN, PAHANG)

Kategori 2
Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS 1)
N/johan : Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS 2)
Ketiga : Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Kategori 3
Johan : Universiti Teknologi MARA (UiTM Shah Alam)
N/johan : British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)
Ketiga : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Kategori 4
Johan : British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)
N/johan : Universiti Teknologi MARA (UiTM Jln Othman)
Ketiga : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PUTERI
Kategori 1
Johan :Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
N/johan : Universiti Sains Malaysia (USM P.Pinang)
Ketiga : Universiti Tenaga Nasional (UNITEN, PAHANG)

Kategori 2
Johan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
N/johan : Universiti Teknologi MARA (UiTM P. Perdana)
Ketiga : Kolej Lagenda
Kategori 3
Johan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
N/johan : Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Ketiga : Universiti Sains Malaysia (USM P.Pinang)
Kategori 4
Johan : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
N/johan : Kolej LagendaKetiga
Ketiga : Universiti Teknologi MARA (UiTM P. Perdana)

Tiada ulasan: